
Polis Daerah Jeli mengeluarkan kenyataan berhubung kes amang seksual terhadap seorang remaja perempuan susulan insiden sebuah kereta Perodua Myvi putih yang dikejar pihak polis pada 1 Disember 2025. Menurut kenyataan itu, mangsa sebelum kejadian telah dibawa oleh seorang lelaki yang dikenalinya dari kawasan sekolah menuju ke Lata Renyut, Jeli.

Bagaimanapun, sebelum tiba ke destinasi, kenderaan itu berhenti di tepi jalan di kawasan Kampung Sungai Rual. Ketika itu, polis yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan situasi mencurigakan dan bertindak membuat pemeriksaan, seterusnya membawa kepada laporan amang seksual yang dibuat oleh mangsa.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Polis turut menasihatkan orang awam supaya tidak melakukan sebarang perbuatan tidak bermoral di dalam kenderaan, sama ada di kawasan awam mahupun lokasi sunyi, demi keselamatan dan mengelakkan tindakan undang-undang.
