Nenek Nyaris Dipatuk Ular Tedung 5 Meter Dalam Tandas!

Perkongsian fb saja viral

Baling – Detik cemas pagi tadi apabila seorang nenek hampir digigit ular tedung selar sepanjang hampir 5 meter di tandas rumahnya di Kampung Ketembar, Masjid Kuala Pegang.

Ular dipercayai masuk melalui lubang paip tanpa penutup, mengejutkan mangsa yang sedang membuka pintu tandas.

Bomba ambil masa 30 minit untuk menangkap ular agresif itu sebelum dilepaskan jauh dari kawasan penduduk.

Penduduk diingatkan untuk:

Tutup lubang paip & saluran air. Berhati-hati semasa cuaca lembap dan sejuk. Hubungi pihak berkuasa sekiranya terlihat haiwan berbisa.

Kesedaran awal boleh selamatkan nyawa. Jangan pandang remeh!

Scroll to Top