Banjir Teruk di Hat Yai, Konvoi Pelanggan ANF Tersekat

Hat Yai – Kawasan Hat Yai kini dilanda banjir teruk sehingga menenggelami beberapa jalan utama, menurut laporan pasukan ANF di lokasi. Beberapa konvoi pelanggan ANF dilaporkan tersekat dan tidak dapat keluar akibat banjir.

Pihak ANF mengingatkan bahawa insurans Thailand yang dibeli, sama ada Ci atau Vi, tidak meliputi kerosakan akibat bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran, atau kecurian.

Pelanggan dinasihatkan merancang perjalanan dengan teliti dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika melawat kawasan berisiko banjir.

Keselamatan diri dan kenderaan adalah keutamaan, elakkan risiko ketika keadaan cuaca buruk.

Scroll to Top